Mesyuarat Majlis Digital Negeri Melaka

Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) memerlukan kerjasama daripada banyak pihak terutamanya Kerajaan Negeri.

Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek telah hadir mesyuarat pertama Majlis Digital Negeri Melaka yang dipengerusikan oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali dan membentangkan rancangan pelaksanaan pelan JENDELA di Negeri Melaka.

Komitmen MCMC adalah untuk terus bersama Kerajaan Negeri, menawarkan kepimpinan dan berkongsi buah fikiran terutamanya dalam aspek penambahbaikan dasar dan proses bagi industri komunikasi dan multimedia.
 
 
Related Content
Share this article
Follow