MCMC telah meraih pingat dalam Employee Experience Awards (EEA) 2022

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah meraih pingat Gangsa dalam Employee Experience Awards (EEA) 2022 bagi dua kategori iaitu Best Crisis Management & Leadership dan juga Best Response in Covid-19. Acara ini telah dianjurkan oleh Human Resource Online yang berlangsung di Petaling Jaya pada 24 Jun 2022 (Jumaat).

Kejayaan ini membuktikan bahawa MCMC sentiasa menitikberatkan strategi yang memfokuskan kepada peningkatan keseluruhan pengalaman pekerja di MCMC dan seterusnya membentuk imej positif bagi menarik minat modal insan yang berbakat besar meneruskan kecemerlangan bersama MCMC.
 
 
Related Content
Share this article
Follow