MCMC menyantuni pengadu di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil maklum isu talian telefon dan capaian Internet lemah di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan seperti yang dilaporkan oleh beberapa agensi berita pada 9 Februari 2023.

Sejurus laporan diterima, pihak MCMC telah turun menyantuni pengadu pada 10 Februari bagi memahami dan menjelaskan isu liputan di kawasan pengadu.

Terdapat menara 4G sedia ada kira-kira 2.3 kilometer dari lokasi pengadu. Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau di kawasan pengadu menyebabkan lokasi berkenaan mendapat liputan 4G yang lemah dari menara berkenaan.

Untuk makluman, pihak MCMC telah memasukkan kawasan ini dalam  JENDELA Fasa 2.

Pihak MCMC telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan untuk berusaha menambah baik liputan dari menara sedia ada.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow