Lawatan Mesra YBM Ke Pusat Internet Dan Komuniti Rantau Panjang, Sibu Sarawak

YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuat lawatan mesra ke Pusat Internet Rantau Panjang di Sibu, Sarawak bagi meninjau program-program kelolaan Pusat Internet yang menjadi pemangkin kepada sosio-ekonomi komuniti setempat.

Pusat Internet ini juga melatih usahawan-usahawan kecil menggunakan aplikasi digital bagi mempromosi dan memasarkan produk-produk mereka.

Antara produk-produk hasil keluaran usahawan Pusat Internet Rantau Panjang adalah burger ("Monster Burger), manik, kraftangan motif Sarawak dan juga produk pertanian.

YB Dato' Saifuddin Abdullah juga telah mengunjungi beberapa rumah penduduk sekitar Pusat Internet Rantau Panjang dan bersuai kenal dengan mereka.
 
 
 
Related Content
Share this article
Follow