Lawatan kerja YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Sentol Patah, Marang Terengganu

Sekitar lawatan kerja YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital bagi gerak kerja serahan bantuan pasca banjir di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg. Sentol Patah, Marang Terengganu pada hari ini.  

Turut hadir mengiringi YBTM ialah Pengerusi Interim MCMC, YBhg. Datuk Muhammad Azmi bin Mohd Zain dan Ketua Pegawai Operasi MCMC, YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Taklimat umum berkenaan PEDi dan peranan PEDi memperkasakan aktiviti ekonomi digital dengan membangunkan kemahiran penggunaan Internet serta meningkatkan penglibatan e-dagang telah diberikan oleh Petugas PEDi Kg. Sentol Patah. 
 
 
Related Content
Share this article
Follow