Lawatan kerja Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital ke MCMC

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching telah menghadiri lawatan kerja ke MCMC di Cyberjaya hari ini. Lawatan YBTM disambut baik oleh seluruh pengurusan tertinggi MCMC yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Antara intipati lawatan adalah YB Timbalan Menteri diberi taklimat mengenai fungsi dan peranan utama MCMC sebagai badan pengawal selia sektor komunikasi dan multimedia.

MCMC akan sentiasa  bertindak proaktif dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya  demi memastikan rakyat Malaysia menikmati perkhidmatan yang ditambah baik dan menggunakan kemudahan ke arah membina kejayaan dan kemajuan.
 
 
Related Content
Share this article
Follow