Lawatan Kerja Ketua Menteri Melaka ke MCMC

Sebagai badan kawal selia industri komunikasi dan multimedia Negara, MCMC sentiasa menyokong pelan pembangunan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dalam aspek penyediaan infrastruktur komunikasi yang mampan dan menyeluruh.

Pengerusi MCMC hari ini menerima lawatan kerja daripada YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Haji Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Seri Dr. Hasim Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan para delegasi di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

Pertemuan tersebut memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada disamping membincangkan dengan terperinci mengenai pelan pembangunan infrastruktur komunikasi di Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ) serta hal-hal berkaitan.

Turut hadir ialah wakil pengurusan tertinggi Telekom Malaysia Berhad.
 
 
Related Content
Share this article
Follow