Lawatan kerja ke Pejabat Meltwater serta berjumpa dengan wakil Blackberry di Singapura

Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din hari ini mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Meltwater serta berjumpa dengan wakil Blackberry di Singapura.

Pertemuan bersama Meltwater dan Blackberry diadakan bagi memupuk hubungan kerja yang lebih erat melalui pemahaman landskap media sosial, mengenal pasti topik dalam talian yang menjadi trend masa kini, serta menggalakkan penglibatan sosial yang lebih besar dalam era digital.

Perbincangan ini membolehkan MCMC dapat meneliti cara yang lebih tuntas dan pantas bagi memperketatkan kawalan kandungan digital dalam media sosial.
 
 
Related Content
Share this article
Follow