Kunjungan hormat kepada Pengelola Bijaya DiRaja Negeri Sembilan

Pada 7 November 2023 bertempat di Istana Hinggap Seremban, Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat MCMC, YBhg. Datuk Zulkarnain Mohd Yasin dan MCMC Negeri Sembilan (NSSO) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengelola Bijaya DiRaja Negeri Sembilan, YBhg. Dato Azizi Mohamad Ali untuk membincangkan mengenai halatuju aduan telekomunikasi di Negeri Sembilan.
 
DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir juga telah perkenan menerima mengadap MCMC bagi membincangkan mengenai isu semasa serta solusi berkaitan komunikasi dan multimedia.
 
MCMC sentiasa komited dalam memastikan liputan telekomunikasi melalui inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) adalah menyeluruh di seluruh negara.

#JENDELA
#KKD
#MCMC
 
 
Related Content
Share this article
Follow