Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh, Perak

Sekitar program sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Ipoh, Perak hari ini.

Bertemakan "Media Bebas, Tunjang Demokrasi", HAWANA 2023 telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Sambutan itu turut dihadiri oleh Pengerusi MCMC, YBhg. Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din bagi meraikan perhimpunan terbesar pengamal media Malaysia.

HAWANA merupakan manifestasi pengiktirafan kepada institusi kewartawanan tanah air serta menghargai para wartawan yang banyak menyumbang jasa dalam menyampai maklumat serta mendidik rakyat melalui penceritaan dan pemberitaan mereka.

Selamat Hari Wartawan buat seluruh pengamal media di Malaysia! 
 
 
Related Content
Share this article
Follow