Audit penilaian projek komunikasi di Tiara Sendayan, Negeri Sembilan

Masalah liputan telekomunikasi yang dihadapi oleh penduduk di Tiara Sendayan di Mukim Labu, Negeri Sembilan sebelum ini akhirnya berjaya diselesaikan, dengan penyediaan infrastruktur komunikasi sebagai penyelesaian jangka panjang di kawasan tersebut.  
 
Pada 22 Mei 2023, pihak MCMC bersama pihak Industri telekomunikasi iaitu Konsortium Jaringan Selangor, CelcomDigi, Maxis dan U Mobile telah mengadakan audit penilaian projek komunikasi bagi pemantauan pembangunan infrastruktur komunikasi di Tiara Sendayan susulan aduan komunikasi yang telah diterima. 
 
Hasil daripada pelaksanaan audit tersebut mendapati, pembinaan infrastruktur komunikasi telah selesai dan penduduk di kawasan perumahan Tiara Sendayan boleh menerima capaian Internet yang kondusif secara berperingkat bermula bulan Mei 2023. Setakat ini, perkhidmatan komunikasi yang telah tersedia di kawasan perumahan ini adalah perkhidmatan U Mobile dengan purata kelajuan muat turun direkodkan adalah melebihi 60 Mbps. Sementara itu, perkhidmatan komunikasi yang lain disasarkan akan beroperasi sepenuhnya sebelum 30 Jun 2023.
 
 
Related Content
Share this article
Follow