Sektor

Compliance & Enforcement

AMALAN PERSAINGAN

Berdasarkan amalan persaingan , seksyen Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 melarang :

  • sebarang tingkah laku yang dilakukan oleh pemegang lesen yang mempunyai tujuan mengurangkan persaingan di dalam pasaran komunikasi;
  • peraturan dan amalan yang memperuntukan penetapan kadar, perkongsian pasaran dan pemulauan pembekal atau pesaing ; dan
  • mandatori mengikat atau menghubungkan aturan mengenai peruntukan atau bekalan produk dan perkhidmatan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah menerbitkan garis panduan yang menjelaskan pengertian "mengurangkan persaingan besar" dan "posisi dominan".

PENGUATKUASAAN

Fungsi utama penguatkuasaan ialah untuk menjalankan siasatan apabila menerima laporan-laporan berkaitan dengan suruhanjaya merujuk kepada kesalahan-kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia  1998 (CMA), Akta Perkhidmatan Pos  1991 (PSA), Akta Tandatangan Digital 1997 (DSA) dan perundangan subsidiari yang berkaitan.

Objektif siasatan ialah untuk menentukan sama ada pesalah telah melakukan kesalahan dan juga mengumpul bukti lengkap pesalah. Selepas siasatan selesai, kertas siasatan akan diserahkan kepada Penolong Pendakwa Raya untuk  tindakan yang selanjutnya  berkait dengan kes yang  disiasat oleh SKMM.

Penguatkuasaan berkesan dijalankan oleh SKMM  bagi memastikan hak-hak pemilik lesen, pelabur, pengguna dan orang ramai dilindungi dan kepercayaan dalam komunikasi, multimedia dan perkhidmatan pos adalah dikekalkan sepanjang masa.

Tindakan Penguatkuasaan

Senarai kes-kes Penyiasatan

Senarai kes yang dikompaun

Senarai Pendakwaan

Pengawalan dan Pemantauan Kadar

Pengawalan Kadar seperti yang dinyatakan di bawah AKM 1998, meletakkan kawalan kadar yang dikenakan oleh pemegang lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi kepada pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di bawah AKM 1998.

Perkhidmatan yang berada di bawah AKM 1998 termasuk Perkhidmatan Rangkaian Telefon Bersuis Awam (PSTN), Perkhidmatan Capaian Internet dan Perkhidmatan Pengehos Audioteks.

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow