Sektor

Types Of Licenses

PROSEDUR PERMOHONAN

A. LESEN INDIVIDU

I.  Lesen Individu Baru

Pemohon yang berhasrat untuk menyediakan kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan yang memerlukan lesen individu perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut kepada MCMC:

  • Borang A yang lengkap diisi bersama dengan fi permohonan RM10,000.00 bagi setiap lesen;
    Muat Turun Borang A
  • Butiran disertakan seperti tertera di senarai semakan;
    Muat Turun Senarai Semakan
  • Templat permohonan; dan
    Muat Naik Templat Permohonan
  • Maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh masa yang dinyatakan. Kegagalan penyerahan dalam tempoh masa yang dinyatakan. Kegagalan penyerahan dalam tempoh masa yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru.
II.  Perubahan Lesen Individu

Pemohon yang ingin membuat perubahan pada lesen individu kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi kandungan perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

a)  Satu surat rasmi mewajarkan sebab-sebab membuat perubahan lesen bersama dengan fi permohonan berjumlah RM1,000.00 bagi satu lesen; dan

b)  Maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki oleh MCMC untuk di serahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap pemohon untuk membuat permohonan baru. 

III.  Pemindahan Lesen Individu

Pemohon yang berhasrat untuk memindahkan lesen individu perlu menyerahkan perkara berikut kepada MCMC:-

a)  Satu surat rasmi yang disertakan keterangan pemindahan bersama dengan fi permohonan RM5,000.00 bagi satu lesen; dan 

b)  Maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru. 

IV.  Pembaharuan Lesen Individu

Pemohon yang berhasrat untuk membaharui lesen individu perlu menyerahkan yang berikut kepada MCMC sebelum lesen sedia ada tamat tempoh:-
  1. Borang A yang lengkap diisi bersama dengan fi permohonan RM25,000.00 bagi setiap lesen;
  2. Butiran seperti yang tertera di ANNEX 1; dan
  3. Maklumat atau dokumen tambahan yang diminta oleh MCMC untuk diserahkan dalam tempoh tertentu. Kegagalan penyerahan dalam tempoh yang diberi boleh menyebabkan permohonan ditarik balik tanpa memberi kesan terhadap hak pemohon untuk membuat permohonan baru. 

B. LESEN KELAS

Pemohon yang ingin menyediakan kemudahan rangkaian, dan/atau perkhidmatan rangkaian, dan/atau perkhidmatan aplikasi atau aplikasi kandungan yang termaktub dalam lesen kelas perlu menyerahkan yang berikut kepada MCMC:-

        a) Dua salinan Borang D yang telah diisi lengkap bagi satu lesen;
        b) Fi pendaftaran RM2,500.00 bagi satu lesen;
        c) Butiran seperti tertera di senarai semak yang dikepilkan Semakan
        d) Templat permohonan ANNEX 2; dan
        e) Maklumat atau dokumen tambahan seperti yang dikehendaki  oleh MCMC.


Pendaftaran lesen kelas adalah sah untuk satu tahun kalendar. Sebelum lesen tersebut tamat, pemegang lesen mesti menyerahkan permohonan baru kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia beserta fi dan dokumen-dokumen yang berkaitan.

FI

A. LESEN INDIVIDU

Bagi lesen individu, fi yang dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Fi permohonan - RM10,000.00 untuk satu lesen (tidak dikembalikan);
  2. Fi kelulusan - RM50,000.00 untuk satu lesen; dan
  3. Fi lesen tahunan - 0.5%  daripada Perolehan Tahunan Kasar (seperti yang terpapar pada akaun teraudit pemegang lesen bagi tahun sebelumnya) atau RM50,000.00 (bagi satu lesen) yang mana lebih tinggi.

Senarai semua fi berkaitan lesen yang dikenakan adalah seperti dalam jadual di bawah:-

Jenis-jenis Fi Bayaran(RM)
Fi kelulusan 50,000.00
Fi permohonan 10,000.00
Fi pemprosesan bagi pembaharuan dan pembaharuan lesen individu 25,000.00
Permohonan bagi salinan lesen individu yang disahkan 10.00 satu muka surat
Fi untuk perubahan keterangan 100.00
Permohonan untuk perubahan atau syarat tambahan terhadap lesen individu 1,000.00
Permohonan untuk pemberian atau pemindahan lesen individu 5,000.00
Fi untuk menggantikan lesen individu 10.00 satu muka surat
Fi untuk membuat salinan atau mengekstrak kandungan daripada pendaftaran 1.00 satu muka surat

B. LESEN KELAS

Fi pendaftaran adalah RM2,500.00.


Senarai semua fi berkaitan lesen yang dikenakan adalah seperti jadual di bawah:-

Jenis-jenis Fi Bayaran(RM)
Fi pendaftaran permulaan dan fi pendaftaran tahunan (satu tahun) 2,500.00
Permohonan untuk salinan notis pendaftaran lesen kelas yang disahkan 10.00 setiap muka surat
Permohonan untuk salinan lesen kelas yang disahkan 10.00 setiap muka surat
Fi untuk perubahan keterangan pada notis pendaftaran lesen kelas 50.00 
Fi untuk membuat salinan atau mengekstrak kandungan daripada pendaftaran 1.00 setiap muka surat

REBAT UNTUK LESEN INDIVIDU

Peraturan 2000 Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) memperuntukkan rebat terhadap fi tahunan yang berkenan bagi pemegang lesen individu. Untuk mendapatkan rebat terhadap fi tahunan berbayar, pemegang lesen individu hendaklah mengeluarkan perbelanjaan terhadap item-item berkaitan pembangunan industri.

Bagi tujuan rebat fi lesen, item-item pembangunan industri yang berkelayakan adalah:-

         d) Penyelidikan dan Pembangunan (R&D);
         e) Latihan kemahiran;
          f) Pelaburan minoriti dalm Industri Kecil dan Sederhana (IKS);
         g) Pemerolehan tambah nilai daripada IKS Malaysia
         h) Kandungan dan produksi tempatan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan item-item tersebut, sila rujuk dokumen  :
'Revised Information Paper on Eligible Deductions for Individual Licence Fee Rebates'.FAQs for Licence Fee Rebates

Pemegang lesen individu yang berhasrat untuk memohon rebat terhadap fi tahunan berbayar perlu menyerahkan yang berikut kepada MCMC:-

         i) Borang Permohonan Rebat yang lengkap diisi WordPDF
        ii) Butiran seperti yang terkandung dalam senarai semakan Download Checklist
       iii) Pengiraan rebat kepada yang layak SampleTemplate; and
        iv)Templat permohonan ANNEX 3

 

BUKU PANDUAN PELESENAN

Buku panduan ini menyediakan panduan terhadap maklumat yang diperlukan dalam semua permohonan lesen dan kriteria yang diambilkira oleh MCMC dalam menilai semua permohonan lesen. Buku Panduan Pelesenan

Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow