Pusat Media

Waspada - MCMC Kesan Individu Tertentu Guna Nama Pengerusi MCMC Untuk Lakukan Urusan Pemerolehan (Cont')

26 Ogo 2021
WASPADA - MCMC KESAN INDIVIDU TERTENTU GUNA NAMA PENGERUSI MCMC UNTUK LAKUKAN URUSAN PEMEROLEHAN DAN PEMBAYARAN KEPADA VENDOR ANTARABANGSA

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan individu tertentu yang menggunakan nama Pengerusi MCMC menerusi alamat e-mel mencurigakan untuk melakukan urusan pemerolehan dan pembayaran kepada vendor antarabangsa.

Intipati e-mel, yang menggunakan nama Pengerusi MCMC, antara lain mengandungi arahan kepada Ketua Jabatan Kewangan dan Akaun Suruhanjaya berhubung urusan pemerolehan dan pembayaran yang dimaksudkan.

Bagaimanapun, hasil penelitian yang dijalankan mendapati, e-mel itu tidak pernah dikeluarkan oleh Pengerusi MCMC. Perlu ditegaskan di sini bahawa alamat e-mel rasmi bagi kakitangan MCMC berakhir dengan nama domain mcmc.gov.my dan bukannya nama domain lain.

Pada masa yang sama, sebarang urusan rasmi Suruhanjaya akan dimaklumkan secara telus dan terbuka dan bukannya melalui kandungan e-mel sebegini.

Lantaran itu, MCMC mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan kewujudan e-mel yang mencurigakan menggunakan nama seseorang pemimpin organisasi kerana ia berkemungkinan besar satu taktik penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sekiranya tidak pasti mengenai kesahihan kandungan e-mel sebegini, hubungilah pihak berkuasa untuk pengesahan selanjutnya.

 

PDF
 

Kongsi artikel ini
Follow