Media & Events

Rundingan Awam Untuk Kerangka Pelesenan Perkhidmatan Kurier Baharu Diadakan

13 Jul 2021
RUNDINGAN AWAM UNTUK KERANGKA PELESENAN PERKHIDMATAN KURIER BAHARU DIADAKAN

Pelan Accelerator Kurier Negara (PAKEJ) yang lahir daripada inisiatif Makmal Industri Pos dan Kurier Negara (NPCIL) baru-baru ini, bermatlamat untuk menyampaikan kualiti perkhidmatan yang lancar kepada semua rakyat Malaysia bagi menyokong pertumbuhan industri edagang daripada 14 bungkusan per kapita kepada 30 bungkusan per kapita menjelang 2025 menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif strategik.

Dalam usaha untuk memperkasakan industri pos dan kurier negara, satu sesi Rundingan Awam telah diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada 5 Julai 2021 lalu bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas pihak-pihak berminat dan berkepentingan terhadap kerangka pelesenan perkhidmatan kurier baharu yang dicadangkan.

Dokumen Rundingan Awam tersebut boleh diperolehi melalui pautan di: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/MCMC_Li censing_Framework_PublicConsultationQuestionaire.pdf.

Terdapat 13 soalan soal selidik dalam Dokumen Rundingan Awam itu bagi mendapatkan maklum balas responden berkaitan dengan perkaraperkara yang berikut:
i) Prinsip panduan untuk kerangka pelesenan kurier baharu;
ii) Cadangan struktur pelesenan baharu;
iii) Cadangan syarat-syarat pelesenan standard;
iv) Cadangan syarat-syarat pelesenan khas;
v) Cadangan model fi pelesenan baharu; dan
vi) Cadangan proses migrasi dan pemetaan.

Tarikh akhir penghantaran maklum balas untuk Rundingan Awam tersebut ialah pada pukul 12:00 tengah hari, Jumaat, 30 Julai 2021.

PDF

 
Share this article
Follow