Media & Events

Piawaian Perkhidmatan Ditingkatkan Untuk Memastikan Industri Telekomunikasi Menyediakan (Cont't)

05 Jul 2021
PIAWAIAN PERKHIDMATAN DITINGKATKAN UNTUK MEMASTIKAN INDUSTRI TELEKOMUNIKASI MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN YANG BERKUALITI

CYBERJAYA, 5 Julai 2021 --- Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS) yang baharu akan dikuat kuasakan mulai 1 Ogos 2021. Ini merangkumi MSQoS khusus untuk menetapkan kualiti piawai minimum untuk perkhidmatan pelanggan serta tiga (3) MSQoS sedia ada yang diperbaharui bagi meningkatkan piawai minimum kualiti perkhidmatan rangkaian telekomunikasi.

Kepentingan perlindungan pelanggan amat diutamakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penggunaan perkhidmatan telekomunikasi di bawah kawal seliaannya. MSQoS merupakan salah satu instrumen kawal selia utama yang diwujudkan bagi memastikan pengguna di Malaysia memperolehi perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti.

MSQoS yang baharu disediakan melalui Siasatan Awam bermula dari 8 April hingga 4 Jun 2021. Susulan itu, MCMC telah mengeluarkan Laporan Akhir Siasatan Awam mengikut Seksyen 65 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM98) seperti berikut:-

a. MSQoS Perkhidmatan Pelanggan (baharu);
b. MSQoS Jalur Lebar Tanpa Wayar;
c. MSQoS Jalur Lebar Talian Tetap; dan
d. MSQoS Perkhidmatan Selular Awam.

MSQoS baharu ini, akan membolehkan para pelanggan memastikan aduan yang dikemukakan diselesaikan dengan persetujuan mereka selain daripada memastikan pengalaman perkhidmatan jalur lebar tetap mahupun tanpa wayar pada tahap yang memuaskan.

Orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan boleh merujuk Laporan Akhir Siasatan Awam MSQoS di laman sesawang rasmi MCMC melalui pautan di https://www.mcmc.gov.my/en/resources/reports/publicinquiry-report#

 

PDF

Share this article
Follow