Media & Events

Penduduk Hulu Terengganu Kini Boleh Nikmati Jaringan Telekomunikasi Lebih Baik (Cont')

03 Jul 2021
PENDUDUK HULU TERENGGANU KINI BOLEH NIKMATI JARINGAN TELEKOMUNIKASI LEBIH BAIK SELEPAS TIGA (3) MENARA KOMUNIKASI YANG DIBINA BEROPERASI SEPENUHNYA

Para penduduk di Hulu Terengganu kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi yang lebih baik selepas tiga (3) menara komunikasi baharu yang dibina di tiga (3) lokasi iaitu di Kolej Hutecs, Kampung Kepah dan Kampung Machang telah beroperasi sepenuhnya pada 31 Mei yang lalu dengan liputan 4G. Ini adalah lanjutan daripada lawatan kerja Pengerusi MCMC bersama Ahli Parlimen Hulu Terengganu YB Dato’ Rosol Bin Wahid di kawasan ini pada 6 Mac 2021 yang lalu.

Pembinaan menara-menara berkenaan di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) itu akan memanfaatkan lebih 3,000 orang penduduk di kawasan menara tersebut iaitu Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu/ Hutecs, Kampung Butut dan taman perumahan sekitar seperti perumahan Tok Hujib dan Perumahan Seri Bajar. Bagi kawasan menara Kampung Machang pula, ianya melibatkan Kampung Machang dan sekitar manakala menara di Kampung Kepah, ia melibatkan Kampung Tengkawang dan Kampung Matang.



Pembinaan menara-menara komunikasi baharu itu juga membantu meningkatkan taraf hidup penduduk setempat selain mempersiapkan penduduk berhadapan dengan era digital yang kian mencabar.

Pada masa yang sama, dengan adanya liputan 4G di kawasan-kawasan yang dimaksudkan, ia juga membantu para guru dan pelajar sekolah untuk melaksanakan serta mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lancar dan berkesan.


PDF

 
Share this article
Follow