Media & Events

Panggilan Untuk Kerjasama Dalam Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat Dan (Cont')

20 Sep 2021

Panggilan Untuk Kerjasama Dalam Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat Dan Telekomunikasi Kecil (KITAR)

CYBERJAYA, 20 September 2021 --- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan Panggilan Untuk Kerjasama (CFC) kepada syarikat-syarikat yang berminat, untuk menghantar kertas cadangan bagi Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR. Projek ini adalah bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste). 

CFC ini meliputi beberapa skop projek iaitu logistik, operasi kitar semula, dan platform penjejakan. Mana-mana syarikat yang berminat boleh menghantar kertas cadangan bagi salah satu, dua, ataupun bagi ketigatiga skop tersebut. Justeru, para pemohon perlu memastikan bahawa kertas cadangan yang dihantar oleh mereka memenuhi kriteria-kriteria yang telah digariskan dalam dokumen panggilan kolaborasi tersebut. 

Bagi yang berminat, pemohon boleh menghantar kertas cadangan mereka dengan mengisi borang yang disediakan menerusi pautan:https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Ca ll-for-Collaboration_KITAR_MCMC.pdf berserta dokumen-dokumen yang berkaitan, selewat-lewatnya pada 27 September 2021 ini. Semua cadangan yang dikemukakan adalah tertakluk kepada kelulusan oleh MCMC.   

Sehubungan itu, MCMC berharap kerjasama tersebut dapat memupuk semangat kitar semula khususnya mobile e-waste memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan.   

Appendix 

PDF

Share this article
Follow