MCMC TERUSKAN USAHA NAIK TARAF LIPUTAN INTERNET DI KAWASAN PINGGIR BANDAR DAN LUAR BANDAR SARAWAK
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengambil tindakan berhubung aduan berkenaan liputan Internet lemah di kawasan pinggir bandar, Kampung Batu Perak yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Yang Berhormat Chong Chieng Jen barubaru ini.
Susulan itu, pihak Pejabat MCMC Negeri Sarawak telah mengadakan tinjauan di Kampung Batu Perak. Ujian liputan turut dijalankan dan hasil penilaian di lapangan mendapati, liputan komunikasi adalah baik dan kemudahan jalur lebar talian tetap turut disediakan. Ujian liputan mudah alih yang dijalankan mendapati, kelajuan Internet adalah memuaskan dan dilengkapi dengan teknologi 4G. Perkara ini turut disahkan sendiri oleh Ketua Kaum Kampung Batu Perak yang memaklumkan tiada isu komunikasi di kampung tersebut setakat ini.
Dalam usaha bagi Sarawak yang lebih meluas. di bawah inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA), sejumlah
742 lokasi di kawasan pinggir bandar dan luar bandar Sarawak akan dibangunkan dengan menara telekomunikasi baharu bermula pada tahun ini. Daripada jumlah tersebut, 106 menara mula dibangunkan bermula
April 2021 manakala kerja-kerja pembinaan menara bagi baki
636 lokasi dijangka akan bermula pada
suku ketiga 2021. Kesemua menara telekomunikasi baharu ini dijangka siap sepenuhnya pada
suku keempat 2022 dengan penawaran perkhidmatan 4G.
Selain itu, sejumlah
1,283 stesen pemancar telah siap dinaik taraf dengan perkhidmatan 4G pada tahun 2020 dan usaha ini berterusan sehingga
suku pertama 2021. Manakala sejumlah
1,606 stesen pemancar lagi sedang dalam proses penaiktarafan bermula pada tahun ini.
Di bawah inisiaitif JENDELA juga, MCMC turut membangunkan inisiatif penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui satelit yang mana sejumlah
523 lokasi telah dikenal pasti di Sarawak dan kini sedang di peringkat penilaian tender.
Bagi projek jalur lebar talian tetap pula, MCMC menyasarkan sejumlah
43,013 premis di Sarawak akan tersedia dengan akses kepada infrastruktur gentian optik bagi membolehkan perkhidmatan jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi.
PDF