Media & Events

MCMC Terus Pertingkat Usaha Tangani Masalah Capaian Internet Di Pekan Tenom, Sabah

26 Jun 2021
Susulan laporan oleh BERNAMA pada 24 Jun 2021 mengenai beberapa orang guru dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Hwa, Pekan Tenom, Sabah yang memandu sejauh 40 kilometer ke kawasan kampung anak muridnya di Kampung Bamban dan Kampung Batu 14 semata-mata untuk menghantar bahan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) gara-gara kerana capaian Internet lemah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin memaklumkan, pelbagai langkah kini giat diambil bagi menangani masalah yang dihadapi.

Pihak MCMC telah pun terdahulunya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan. Justeru, MCMC ingin memaklumkan bahawa sebuah menara komunikasi sedang dalam proses pembinaan di Kg. Bamban dan pembinaan tersebut dijangka siap pada bulan April 2022. Sebuah lagi menara komunikasi baharu akan dibina berdekatan dengan Kg. Batu 14, di bawah inisiatif pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan pembinaan tersebut akan bermula pada awal tahun 2022.

Pembinaan kedua-dua menara komunikasi tersebut dijangka dapat mempertingkatkan liputan capaian Internet di kawasan yang dimaksudkan selain membolehkan para penduduk menjalankan aktiviti seharian mereka dengan lancar.


PDF

 
Share this article
Follow