Pusat Media

MCMC Keluarkan 64 Kompaun Bernilai RM3.2 Juta Kepada Empat (4) Syarikat Telekomunikasi (Cont')

16 Jul 2021
MCMC KELUARKAN 64 KOMPAUN BERNILAI RM3.2 JUTA KEPADA EMPAT (4) SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PADA SUKU KEDUA 2021

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengeluarkan 64 kompaun bernilai RM3.2 juta pada suku kedua 2021 kepada empat (4) syarikat telekomunikasi atas kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik serta ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir.

Daripada nilai RM3.2 juta tersebut, sebanyak 54 kompaun yang bernilai RM2.7 juta dikeluarkan kepada syarikat telekomunikasi, Maxis Broadband Sdn Bhd adalah kerana kegagalan mematuhi rancangan penomboran dan pengalamatan elektronik.

Selain daripada itu, pihak MCMC juga turut mengeluarkan 10 kompaun atas ketidakpatuhan kepada Garis Panduan Prabayar bagi pendaftaran pengguna akhir iaitu lima (5) kompaun yang bernilai RM250,000.00 kepada syarikat U Mobile Sdn Bhd, diikuti dua (2) kompaun bernilai RM100,000.00 kepada Maxis Broadband Sdn Bhd serta dua (2) kompaun bernilai RM100,000.00 kepada Digi Telecommunications Sdn Bhd. Manakala XOX Com Sdn Bhd dikenakan satu (1) kompaun yang bernilai RM50,000.00.

Berikut merupakan jumlah dan nilai kompaun yang dikeluarkan oleh MCMC pada suku kedua 2021:
 
Tindakan ini diambil bagi memastikan hak pengguna diberi keutamaan dalam memilih syarikat telekomunikasi berdasarkan kepada perkhidmatan yang ditawarkan.

MCMC memandang serius kesalahan yang dilakukan oleh syarikat telekomunikasi tersebut. Syarikat telekomunikasi juga digesa agar lebih tegas terhadap ejen-ejen mereka dalam mematuhi garis panduan yang ditetapkan serta tidak mengabaikan aspek keselamatan dalam usaha membendung jenayah siber dan kepentingan pengguna.

PDF

 
Kongsi artikel ini
Follow