Pusat Media

MCMC Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Sebar Kandungan Berunsur Lucah Di Internet

12 Jun 2019
MCMC AMBIL TINDAKAN KE ATAS PIHAK YANG SEBAR KANDUNGAN BERUNSUR LUCAH DI INTERNET 

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memberi amaran kepada semua pihak agar tidak memuat naik, menyebar mahupun berkongsi kandungan yang jelik dan lucah di Internet selari dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Pihak yang didapati melanggar undang-undang ini boleh dikenakan penjara selama setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali. 

Pihak MCMC akan menyiasat kes-kes penyebaran kandungan berunsur jelik dan lucah serta akan menyekat laman-laman sesawang yang didapati menyebarkan kandungan berkenaan. Pada masa yang sama, kerjasama dengan pihak pengendali platform seperti Facebook turut diambil untuk memastikan kandungan lucah tersebut tidak tular. 

Dalam hal ini juga, MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memantau penyebaran kandungan-kandungan yang menyalahi peruntukan undang-undang negara. Pihak MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas dan membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan. 

PDF
Kongsi artikel ini
Follow