Pusat Media

Lebih 2,000 Penduduk Di Kg. Pengkalan Rangoon Dan Kg. Pondok Pasir, Kemaman Di Terengganu (Cont')

13 Jul 2021
LEBIH 2,000 PENDUDUK DI KG. PENGKALAN RANGOON DAN KG. PONDOK PASIR, KEMAMAN DI TERENGGANU KINI BOLEH NIKMATI JARINGAN TELEKOMUNIKASI 4G LEBIH BAIK

Para penduduk di Kemaman kini boleh menikmati jaringan telekomunikasi 4G yang lebih baik selepas dua (2) menara komunikasi baharu yang dibina di dua (2) lokasi iaitu di Kampung Pengkalan Rangoon dan Kampung Pondok Pasir telah beroperasi sepenuhnya pada Jun yang lalu.

Selain itu, projek talian tetap gentian optik di kawasan Kemaman juga sedang giat dilaksanakan melibatkan 8,928 premis. Sehingga kini, sebanyak 6,091 premis baharu telah mendapat jaringan gentian optik berkelajuan tinggi manakala baki 2,837 akan siap menjelang suku keempat tahun 2022.

Peluasan rangkaian gentian optik dan pembinaan menara-menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) ini akan memberi manfaat kepada lebih 2,000 penduduk di kawasankawasan tersebut.

Melalui usaha-usaha yang diambil itu, para penduduk di kawasankawasan berkenaan kini dapat melaksanakan pelbagai aktiviti seharian seperti tujuan pembelajaran, Bekerja Dari Rumah (WFH), perhubungan mahupun aktiviti ekonomi dalam talian, dengan lancar.


PDF

 
Kongsi artikel ini
Follow