Media & Events

SEBENARNYA.MY Penting Bagi Kekang Penyebaran Berita Palsu

20 Jul 2022, Manis FM

KUALA LUMPUR - Isu penularan berita palsu di laman sesawang atau media sosial bukan sesuatu yanga sing dalam kalangan masyarakat. 

Oleh itu, Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi menangani masalah ini daripada terus berleluasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, Sebenarnya.my telah diwujudkan oleh Kerajaan pada tahun 2017 sebagai laman sesawang semakan fakta yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai sumber Kerajaan yang boleh dipercayai.

"Ia untuk orang ramai mengesahkan maklumat yang mereka terima melalui skrin mereka,"katanya dalam Forum Hari Kebebasan Akhbar Sedunia: Kewartawanan Dalam Tawanan Dunia Digital. 

Ini kerana Malaysia tidak terkecuali daripada trend penyebaran maklumat dan berita palsu yang kian meningkat yang akhirnya menimbulkan suasana panik dalam kalangan masyarakat sehingga boleh menggugat keamanan negara.

Portal Sebenarnya.my dilihat mampu dijadikan rujukan selain portal berita lain di Malaysia yang akan memberi fokus kepada maklumat dan pengesahan berita palsu ekoran kandungan yang dimuatnaik merupakan berita yang melibatkan kepentingan awam dan negara.

MCMC turut akan bekerjasama bersama dengan agensi-agensi yang terlibat bagi mendapatkan pengesahan untuk menyemak sebarang maklumat dan berita rasmi yang terkini, tepat dan sahih. 

Kerjasama dengan semua pihak khususnya daripada agensi Kerajaan dan daripada pengamal media yang sudah tentu berkredibiliti bagi menepis berita dan maklumat palsu yang tersebar. 

Share this article
Follow