Media & Events

Mohamad Salim Pengerusi SKMM baharu

28 Feb 2023, Kosmo

PETALING JAYA – Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 1 Mac ini.

Pelantikan Mohamad Salim itu, dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melalui akaun Facebook hari ini.

Fahmi dalam hantarannya itu berkata, diharapkan dengan pelantikan itu Mohamad Salim dapat mengatasi isu-isu prasarana komunikasi di kawasan penduduk yang masih belum mempunyai capaian internet.

“Saya percaya pelantikan beliau akan membantu ke arah usaha mengatasi isu-isu prasarana komunikasi termasuk bagi tiga peratus kawasan berpenduduk yang masih belum mempunyai capaian internet, bagi mengatasi kesenjangan digital dan memacu Malaysia ke arah ‘dekad digital keemasan’,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Salim pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah SKMM serta Pengerusi Interim SKMM dari Jun 2022 sehingga Januari 2023. – KOSMO! ONLINE

Share this article
Follow