Media & Events

MCMC Dedah Modus Operandi Terkini Penjenayah Siber Memanipulasi SMS

15 Feb 2023, Wiser
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengarahkan semua Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi untuk menyekat dengan serta-merta mana-mana Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang mengandungi kandungan terlarang. 

Arahan itu adalah bagi membanteras isu penipuan dalam talian melalui rangkaian perkhidmatan telekomunikasi. 

Hasil daripada pemantauan dan penilaian terhadap trend semasa, antara modus operandi yang sering digunakan oleh penjenayah adalah dengan menghantar SMS yang mengandungi perkara-perkara terlarang.

Antara kandungan terlarang itu adalah seperti:-
  1. Penggunaan pautan yang menjurus pengguna untuk klik kepada sesuatu pautan (contoh: https://touchngologin.cc/ atau https://cimbk.info);
  2. Memohon maklumat peribadi pengguna (seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor akaun perbankan dan lain-lain); dan
  3. Mengandungi nombor talian mudah alih atau talian tetap untuk dihubungi.
Pada masa yang sama, MCMC menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada dan meneliti sebarang kandungan SMS yang disyaki palsu atau meragukan dengan membuat semakan semula melalui organisasi yang terlibat.
Share this article
Follow