Taklimat Mengenai Usaha-Usaha Memerangi Berita Palsu oleh Komunikasi Strategik dan Hubungan Industri MCMC di Majlis CORPORATE COMMS CONNECT anjuran Interadigm Sdn. Bhd

Sempena Majlis CORPORATE COMMS CONNECT pada 22 Februari 2023 (Rabu), anjuran Interadigm Sdn. Bhd, Ketua Bahagian Komunikasi Strategik dan Hubungan Industri MCMC, Shirley Tan, telah menyampaikan perkongsian tentang usaha-usaha memerangi berita palsu.

Berita palsu dilihat sebagai masalah serius yang berisiko menggugat keamanan dan keselamatan negara.

Sebagai pengguna media, kita harus lebih bertanggungjawab mengendalikan maklumat yang diterima. 

Ambil inisiatif untuk tentusahkan maklumat yang diterima dengan membuat semakan di portal Sebenarnya.my. 

Diharapkan majlis sebegini dapat mempertingkat literasi media dalam kalangan rakyat mengenai bahana berita palsu. 

Tidak Pasti, Jangan Kongsi. 
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow