Majlis Penyerahan Anugerah World Summit on the Information Society 2023 (WSIS 2023) dan Sidang Media bersama Menteri Komunikasi Dan Digital

Sekitar Majlis Penyerahan Anugerah World Summit on the Information Society 2023 (WSIS 2023) dan Sidang Media bersama Menteri Komunikasi Dan Digital, YB Fahmi Fadzil di Dewan Parlimen Kuala Lumpur pada 20 Mac 2023.

Inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) telah merangkul kejayaan bagi Kategori C2 - Information and communication infrastructure: an essential foundation for an inclusive information society, anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), UNESCO, UNDP dan UNCTAD di Geneva, Switzerland pada 14 Mac 2023.

Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama pihak MCMC, syarikat telekomunikasi, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang secara berterusan bertungkus lumus menjayakan insiatif JENDELA. 

Turut hadir adalah Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Ketua Pegawai Eksekutif serta Ketua Pegawai syarikat telekomunikasi.
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow