Lawatan Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke MCMC

Lawatan Rasmi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, disambut oleh YBrs Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pengerusi MCMC di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

Kunjungan kali pertama YB Menteri membincangkan mengenai perkembangan industri telekomunikasi dan multimedia termasuk pemerkasaan kesalinghubungan internet di seluruh negara.

Pertemuan tersebut mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama erat antara kedua-dua pihak dalam menjayakan transformasi pendigitalan negara.
 
 
Related Content
Share this article
Follow