Lawatan Kerja MCMC ke Taman Anggerik, Juasseh Kuala Pilah Negeri Sembilan

MCMC sentiasa prihatin dengan isu-isu berkaitan kesalinghubungan internet terutamanya di kawasan luar bandar dan giat melakukan usaha berterusan untuk merapatkan jurang digital di seluruh negara.

Pegawai MCMC Pejabat Negeri Sembilan telah melawat dan menyantuni sebuah keluarga di Taman Anggerik, Juasseh Kuala Pilah Negeri Sembilan yang menghadapi akses internet yang terhad dengan mengambil langkah proaktif iaitu menyasarkan penaiktarafan 4G (mudah alih) pada 30 September 2021 dan penaiktarafan jalur lebar talian tetap di kawasan berkenaan pada 30 November 2021 ini berbanding perancangan asal pada Mac 2022.

Ini adalah bagi memastikan mereka dapat menikmati capaian telekomunikasi yang lebih baik serta tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian di rumah.
 
 
Related Content
Share this article
Follow