Kunjungan Hormat YBM ke atas Menteri Besar Perlis

Kunjungan hormat YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke atas Menteri Besar Perlis, YAB Dato’ Seri Azlan Man di pejabat Menteri Besar Negeri Perlis di Kangar Perlis.

Turut hadir adalah Pengerusi MCMC, YBrs. Dr. Fadlhlullah Suhaimi Abdul Malek, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, YBrs. Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan delegasi KKMM.

Perbincangan dengan Kerajaan Negeri Perlis antara lain menyentuh mengenai kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Perlis dalam mempercepatkan pelaksanaan kerja menaiktaraf jalur lebar berkelajuan tinggi dan kesalinghubungan internet sebagai utiliti asas ketiga di Perlis untuk membolehkan rakyat menikmati kemudahan tersebut pada kadar segera. Turut dimaklumkan adalah status pelaksanaan JENDELA di negeri Perlis dimana akan melibatkan sebanyak RM 131.36 juta jumlah pelaburan daripada pihak industri dan kerajaan bagi Fasa 1 (2020-2022).
 
 
Kandungan Berkaitan
Kongsi artikel ini
Follow