Bagaimana untuk membuat aduan anda

Penamatan Talian Mudah Alih (Iklan Haram)

20 Mei 2016
MCMC sedang membantu Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha untuk membendung isu iklan haram di tempat-tempat awam dengan menamatkan talian mudah alih yang tertera pada
iklan-iklan tersebut. Iklan haram adalah di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing melalui Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan.

MCMC membantu usaha tersebut berdasarkan Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan kewajipan am pemegang lesen dalam membantu MCMC atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah pelakuan atau cubaan pelakuan kesalahan di bawah mana-mana
undang-undang bertulis tetapi tidak terhad kepada perlindungan hasil awam dan pertahanan negara.

Prosedur Operasi Standard untuk menamatkan talian mudah alih pada iklan haram adalah seperti berikut:



Sampel Borang Permohonan Penamatan Nombor Telefon Baru
Kongsi artikel ini
Follow