P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN VII - AM
Peraturan 38. Pelanjutan masa
Walau apa pun yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, jika sesuatu tempoh dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau dalam mana-mana permintaan oleh Suruhanjaya bagi sesuatu tindakan dilakukan atau suatu syarat dipenuhi, orang yang terjejas boleh memohon untuk mendapatkan pelanjutan masa secara bertulis dan Suruhanjaya boleh memberikan pelanjutan masa itu sebagaimana yang difikirkannya sesuai.