P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS




Peraturan 36. Laporan tahunan dan penyata akaun

(1) Suruhanjaya hendaklah menyenggarakan akaun yang sewajarnya bagi Kumpulan Wang PPS dan hendaklah seberapa cepat yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan Suruhanjaya, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu suatu laporan tahunan dan penyata akaun Kumpulan Wang PPS yang hendaklah termasuk kunci kira-kira dan penyata pendapatan dan perbelanjaan.

(2) Suruhanjaya hendaklah menyebabkan penyata akaun yang disediakan di bawah subperaturan (1) diaudit oleh juruaudit bebas yang dilantik oleh Suruhanjaya.

(3) Suruhanjaya hendaklah memantau semua aktiviti pemberian perkhidmatan sejagat di bawah Peraturan-Peraturan ini dan melapor kepada Menteri pada akhir setiap tahun kewangan.

(4) Laporan tahunan dan penyata akaun yang disediakan di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam bentuk yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dan hendaklah mengandungi apa-apa maklumat berkenaan dengan prosiding dan dasar Suruhanjaya dan apa-apa perkara lain yang Menteri boleh, dari semasa ke semasa, nyatakan.

(5) Suruhanjaya hendaklah menyiarkan laporan tahunan dan penyata akaun itu, dalam apa-apa cara yang Suruhanjaya fikirkan sesuai, secepat yang boleh selepas tarikh Suruhanjaya menyampaikan laporan dan penyata itu kepada Menteri.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.