P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS
Peraturan 35. Hak Suruhanjaya untuk mendapatkan kembali kekurangan sumbangan
(1) Jika Suruhanjaya mendapati terdapat kekurangan dalam sumbangan yang telah dibayar oleh pemegang lesen ke dalam Kumpulan Wang PPS, Suruhanjaya hendaklah, seberapa cepat yang mungkin, memberitahu pemegang lesen secara bertulis kekurangan itu dan meminta pemegang lesen membayar kekurangan sumbangan itu.
(2) Pemegang lesen hendaklah membayar kekurangan sumbangan di bawah subperaturan (1) tanpa apa-apa faedah tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan oleh Suruhanjaya.
(3) Pemegang lesen yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.