P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS




Peraturan 34. Pembayaran balik sumbangan berlebihan

(1) Jika Suruhanjaya mendapati terdapat pembayaran berlebihan sumbangan kepada Kumpulan Wang PPS oleh pemegang lesen, Suruhanjaya hendaklah membayar balik sumbangan berlebihan itu tanpa faedah kepada pemegang lesen dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pembayaran lebih sumbangan itu diketahui oleh Suruhanjaya.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), pemegang lesen boleh memberitahu Suruhanjaya secara bertulis, seberapa cepat yang mungkin, mengenai apa-apa pembayaran berlebihan sumbangan kepada Kumpulan Wang PPS dan pembayaran berlebihan itu hendaklah dibayar balik tanpa faedah kepada pemegang lesen dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pembayaran berlebihan itu ditentusahkan oleh Suruhanjaya.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.