P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS
Peraturan 33. Hak Suruhanjaya untuk menganggarkan sumbangan pemegang lesen
(1) Jika pemegang lesen—
(a) tidak mengemukakan penyata di bawah peraturan 29;
(b) tidak mengemukakan penyata baru setelah diminta oleh Suruhanjaya di bawah subperaturan 31(2); atau
(c) telah menyata kurang hasil bersih ditentukan di bawah subperaturan 32(4),
Suruhanjaya mempunyai hak untuk menganggarkan sumbangan pemegang lesen bagi tahun kalendar itu berasaskan maklumat yang ada pada Suruhanjaya dan keputusan Suruhanjaya adalah muktamad.
(2) Setelah membuat anggaran di bawah subperaturan (1), Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis mengenai anggaran sumbangan yang perlu dibayar dan hendaklah menyatakan—
(a) tarikh sumbangan itu kena dibayar; dan
(b) sama ada pembayaran sumbangan itu dibuat dalam satu pembayaran sekali gus atau dalam dua jumlah ansuran yang sama.