P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS
Peraturan 31. Pemberitahuan penerimaan penyata hasil bersih
(1) Selepas penentusahan dan penerimaan penyata, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis akan penerimaan itu dan amaun sumbangan yang dikehendaki dibayar, jika ada, oleh pemegang lesen.
(2) Jika selepas penentusahan Suruhanjaya tidak menerima penyata itu, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis penolakan itu dan meminta pemegang lesen untuk mengemukakan suatu penyata baru dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu.
(3) Selepas penerimaan penyata baru di bawah subperaturan (2), Suruhanjaya boleh terus menentusahkan penyata mengikut cara yang ditetapkan dalam peraturan 30 dan sama ada—
(a) menerima penyata itu dan memberitahu pemegang lesen amaun sumbangan yang dikehendaki dibayar; atau
(b) enggan menerima penyata itu, dalam hal itu Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen dan peraturan 33 hendaklah terpakai.
(4) Pemberitahuan di bawah subperaturan (1) dan perenggan (3)(a) hendaklah menyatakan—
(a) tarikh sumbangan itu kena dibayar; dan
(b) sama ada pembayaran sumbangan itu dibuat dalam satu pembayaran sekali gus atau dalam dua jumlah ansuran yang sama.