P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN VI - KUMPULAN WANG PPS
Peraturan 30. Penentusahan penyata hasil bersih oleh Suruhanjaya
(1) Suruhanjaya boleh menentusahkan penyata hasil bersih pemegang lesen bagi maksud mengira amaun sumbangan di bawah peraturan 27.
(2) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa, bagi maksud menentusahkan penyata di bawah subperaturan (1), meminta pemegang lesen untuk memberikan apa-apa maklumat lanjut atau dokumen lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya.
(3) Suruhanjaya hendaklah mengambil kira apa-apa maklumat lanjut atau dokumen lain yang diberikan oleh pemegang lesen dalam menentusahkan penyata itu.
(4) Jika apa-apa maklumat atau dokumen lain yang diperlukan di bawah subperaturan (2) tidak diberikan oleh pemegang lesen dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya, Suruhanjaya boleh membuat keputusan mengenai penyata itu dan keputusan Suruhanjaya adalah muktamad.