P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN V - PENGEKOSAN PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




Peraturan 24. Pembayaran tuntutan

(1) Pembayaran bagi kos yang dilakukan dalam melaksanakan rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan dalam sasaran perkhidmatan sejagat hendaklah dibuat berasaskan tuntutan yang telah ditentusahkan sewajarnya di bawah peraturan 23 ditolak apa-apa bayaran pendahuluan yang dibuat di bawah peraturan 12 tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh penentusahan diselesaikan oleh Suruhanjaya.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh mengikut budi bicara mutlaknya membuat pembayaran interim apa-apa amaun tuntutan semasa menunggu penentusahan tuntutan itu.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.