P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN V - PENGEKOSAN PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




Peraturan 22. Tiada bayaran boleh dibayar melainkan jika tuntutan dibuat

(1) Jika tiada tuntutan dibuat pada atau sebelum 31 Mac dalam mana-mana tahun kalendar di bawah peraturan 20, tiada bayaran yang kena dibayar atau perlu dibayar kepada pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan berkenaan dengan pelaksanaan rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan dalam tahun kalendar sebelum itu.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, tertakluk kepada permohonan secara bertulis oleh pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan yang dibuat pada atau sebelum 28 Februari pada tahun tersebut, melanjutkan tarikh bagi pengemukaan tuntutan tersebut.

[Mas. P.U.(A) 402/2003]




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.