P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN V - PENGEKOSAN PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 20. Tuntutan bagi pembayaran
(1) Pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan hendaklah, tidak lewat dari 31 Mac setiap tahun kalendar, mengemukakan suatu tuntutan bertulis kepada Suruhanjaya bagi kos pemberian perkhidmatan sejagat dalam suatu sasaran perkhidmatan sejagat bagi tahun kalendar sebelum itu.
(2) Tuntutan di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk—
(a) kos boleh elak dan hasil yang diketepikan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan bagi tahun kalendar sebelum itu; dan
(b) butir-butir terperinci bagaimana kos boleh elak dan hasil yang diketepikan telah dikira.
(3) Tuntutan di bawah subperaturan (1) hendaklah disertakan dengan suatu perisytiharan oleh juruaudit luar berlesen yang dilantik oleh pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan yang memperakukan bahawa—
(a) dia telah diberi capaian yang mencukupi kepada rekod pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan bagi membolehkannya mengaudit tuntutan itu;
(b) dia telah mengaudit tuntutan itu;
(c) menurut pengetahuan dan kepercayaan terbaiknya, bahawa tuntutan itu telah dibuat berasaskan kepada standard perakaunan yang terpakai di Malaysia dan memberikan gambaran yang tepat dan adil mengenai tuntutan itu; dan
(d) apa-apa maklumat lain yang difikirkannya sesuai.