P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




Peraturan 16. Pembatalan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan

(1) Suruhanjaya boleh, membatalkan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut:


(2) Sebelum membatalkan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan itu secara bertulis mengenai hasratnya.

(3) Pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan itu hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh notis bertulis dikeluarkan memberikan penghujahan bertulis kepada Suruhanjaya yang menjelaskan sebab-sebab mengapa penamaan itu tidak patut dibatalkan.

(4) Suruhanjaya hendaklah menimbangkan penghujahan yang dibuat oleh pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan sebelum membatalkan penamaan itu.

(5) Pembatalan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari dari tarikh notis pembatalan itu diserahkan kepada pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan.

(6) Jika penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan dibatalkan menurut subperaturan (1)—


(7) Setelah pembatalan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan di bawah subperaturan (1), Suruhanjaya boleh menamakan pemegang lesen yang lain sebagai pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan yang baru untuk menyiapkan rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan itu.

(8) Walau apa pun subperaturan (7), pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan yang dibatalkan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibayar semua kos dan perbelanjaan yang dilakukan sebagaimana yang dinyatakan dalam rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan selepas ditolak apa-apa pembayaran pendahuluan sehingga tarikh ia ditamatkan sebagai pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.