P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 15. Suruhanjaya boleh mengubah rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan
(1) Walau apa pun peraturan 14, Suruhanjaya boleh, dengan memberi pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan suatu notis bertulis, menghendaki pemberi itu mengubah rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan menurut terma yang dinyatakan dalam notis itu dengan mengemukakan kepada Suruhanjaya suatu draf pengubahan kepada rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan.
(2) Suruhanjaya boleh, melalui suatu notis bertulis berunding dengan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan sebelum memuktamadkan draf pengubahan kepada rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan di bawah subperaturan (1).
(3) Rancangan perkhidmatan sejagat yang telah diubah yang disebut di bawah subperaturan (2) hendaklah disifatkan sebagai rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan dari tarikh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu.