P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




Peraturan 14. Permohonan perubahan rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan

(1) Pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan boleh memohon kepada Suruhanjaya untuk mengubah rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan dan hendaklah bagi maksud itu mengemukakan kepada Suruhanjaya draf perubahan rancangan itu.

(2) Suruhanjaya boleh—


(3) Suruhanjaya boleh, sebelum memberikan keputusannya secara bertulis untuk meluluskan atau menolak perubahan rancangan perkhidmatan sejagat di bawah subperaturan (2), berunding dengan pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan.

(4) Jika Suruhanjaya meluluskan perubahan tersebut, rancangan perkhidmatan sejagat yang telah diubah itu akan menjadi rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Suruhanjaya dalam keputusan itu.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.