P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN IV - PELAKSANAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 11. Obligasi pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan
(1) Tertakluk kepada peraturan 14 dan 15, pemberi perkhidmatan sejagat yang dinamakan hendaklah mematuhi rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan itu.
(2) Pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan yang tidak mematuhi subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.