P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT DAN PENAMAAN PEMBERI PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 9. Pemberitahuan kelulusan draf rancangan perkhidmatan sejagat dan penamaan pemberi perkhidmatan sejagat
(1) Jika Suruhanjaya meluluskan draf rancangan perkhidmatan sejagat menurut subperaturan 8(1), Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang lesen secara bertulis mengenai keputusannya dan hendaklah menamakan pemegang lesen itu sebagai pemberi perkhidmatan sejagat dinamakan bagi sasaran perkhidmatan sejagat itu.
(2) Pemberitahuan dan penamaan di bawah subperaturan (1) hendaklah termasuk yang berikut:
(a) tarikh permulaan kuat kuasa bagi pelaksanaan rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan itu;
(b) rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan itu termasuklah kos dan perbelanjaan yang akan dibayar daripada Kumpulan Wang PPS; dan
(c) apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya fikirkan relevan.