P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT DAN PENAMAAN PEMBERI PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 8. Kelulusan draf rancangan perkhidmatan sejagat
(1) Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan draf rancangan perkhidmatan sejagat yang dikemukakan dan boleh, selepas
pertimbangan—
(a) meluluskan mana-mana draf rancangan perkhidmatan sejagat dengan pindaan;
(b) meluluskan mana-mana draf rancangan perkhidmatan sejagat tanpa pindaan; atau
(c) menolak mana-mana draf rancangan perkhidmatan sejagat;
[Gan. P.U.(A) 402/2003]
(1A) Bagi maksud subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, melalui notis secara bertulis, berunding dengan pemegang lesen bagi maklumat lanjut termasuk apa-apa perubahan kepada draf rancangan perkhidmatan sejagat.
[Mas. P.U.(A) 402/2003]
(2) Draf rancangan perkhidmatan sejagat yang diluluskan di bawah perenggan (1)(a) atau (b) hendaklah menjadi rancangan perkhidmatan sejagat diluluskan bagi maksud pelaksanaan rancangan perkhidmatan sejagat di bawah Bahagian IV Peraturan-Peraturan ini.