P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN RANCANGAN PERKHIDMATAN SEJAGAT DAN PENAMAAN PEMBERI PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 7. Perkara yang perlu diberi pertimbangan bagi meluluskan draf rancangan perkhidmatan sejagat
(1) Suruhanjaya dalam memutuskan draf rancangan perkhidmatan sejagat di bawah peraturan 8 hendaklah menimbangkan yang berikut:
(a) sama ada draf rancangan perkhidmatan sejagat itu meliputi perkara yang diminta di bawah subperaturan 6(2);
(b) sama ada draf rancangan perkhidmatan sejagat itu adalah cekap dan boleh dilaksanakan dari segi ekonomi;
(c) sama ada draf rancangan perkhidmatan sejagat itu boleh dilaksanakan secara progresif di seluruh kawasan sasaran perkhidmatan sejagat dalam tempoh yang Suruhanjaya anggap sebagai munasabah; dan
(d) apa-apa perkara lain yang Suruhanjaya fikirkan relevan.
(2) Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa sebelum meluluskan draf rancangan perkhidmatan sejagat itu, meminta pemegang lesen untuk memberikan apa-apa maklumat lanjut atau dokumen lain dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya.
(3) Suruhanjaya hendaklah mengambil kira maklumat lanjut sedemikian atau dokumen lain yang diberikan oleh pemegang lesen sebelum meluluskan draf rancangan perkhidmatan sejagat itu.
(4) Pemegang lesen yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.