P.U. (A) 419/2002
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002

BAHAGIAN II - PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT




Peraturan 4. Pemberitahuan sasaran perkhidmatan sejagat

(1) Suruhanjaya, tertakluk kepada kelulusan Menteri, hendaklah mengenal pasti sasaran perkhidmatan sejagat, dan hendaklah, dari semasa ke semasa, menyiarkan suatu pemberitahuan yang menyatakan sasaran perkhidmatan sejagat yang dikenal pasti dan perkara-perkara lain sebagaimana yang difikirkan relevan oleh Suruhanjaya.

[Gan. P.U.(A) 402/2003]

(2) Bagi maksud pemberitahuan di bawah subperaturan (1), Suruhanjaya boleh meminta mana-mana pemegang lesen individu pemberi kemudahan rangkaian, pemegang lesen individu pemberi perkhidmatan rangkaian dan/atau pemegang lesen kelas pemberi perkhidmatan aplikasi untuk memberikan, dalam tempoh yang dinyatakan, apa-apa maklumat atau dokumen yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

[Pin. P.U.(A) 143/2005]

(3) Mana-mana pemegang lesen yang tidak mematuhi subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini.





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.